Jumat, 04 Januari 2013

Habatussauda Ubat Segala Penyakit Kecuali Mati.





Assalamualaikum.

Balik dari sekolah tadi, dapat mesej dari Shuhada suruh aku datang jumpa dia, katanya nak bagi benda. Dah berkali jugak aku tanya, apa ke benda yang dia nak bagi tu, selalunya dia bagi makanan, tapi kali ni katanya tak, bukan makanan, tapi benda lain..tak nak jugak bagi jawapan..curious..ada je nak buat surprise..huk alohh.huh.

Sampai je kat dia, dia hulurkan satu botol, tertulis Habatussauda..katanya, Habatussauda ni banyak khasiatnya, obat segala obat, dan tertera kat label Hadis Sahih Bukhari dan Muslim.

Sabda Rasullullah SAW.

" Tetaplah kamu dengan Habatussauda kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Saam ( mati ) "

See, Rasulullah sendiri pernah bersabda pasal Habatssauda ni. dan selepas itu, ramai lagi tokoh ilmuan islam yang buat kajian perubatan tentang Habatussauda, ataupun dipanggil dengan nama Jintan Hitam ( melayu ), dan black seed ( English )..Antara hasil kajian mereka :.

Ibnu SinaHabbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines").

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet").

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Maaf ye, macam ada bahasa indon, paham paham sendiri lah, aku cedok dari sini..banyak lagi info kat google..nak tahu banyak lagi, sila google.

See, banyak kan kebaikan Habatussauda ni, khasiat yang menyeluruh. Kata Shuhada, dia dapatkan habatussauda ni dari orang kampung, mereka tumbuk tumbuk, kiranya yang ori lah, takda campur campur dengan bahan kimia yang lain.. pastu dorang letakkan dalam kapsul..nanti, telan dengan air je, kena makan 2 biji di siang hari, 2 biji malam..murah je, 50 biji - RM10..selain tu, Habatussauda ni juga dijual dalam bentuk minuman dan gel..

tumbuk tumbuk, pastu letak dalam kapsul.

Muda muda macam ni lah nak kena start beramal dengan Habatussauda nih.Kan?..penyakit ni, susah nak nampak masa muda, penyakit ni sembunyi je dulu, tunggu tuaa.. bila dah tua nanti, baru lah semua nak timbul,  barulah rasa seksa, barulah rasa menyesal masa muda muda dulu, semua jenis makanan kita tibai..aku ad baca sendiri testimo ni kat forum carigold..nak tahu banyak benda lagi pasal Habatussauda, singgahlah forum tuh, banyak lagi testimoni, ramai yang mendapat manfaat dari habatussauda ni. so, amalkanlah habatussauda ni masa muda ye.

Bila dah makan, tindak balas awal yang kita dapat.

- Buang angin.
- cirit birit.
- kerap kencing.

Tu tandanya, badan kita menyahkan toksin..

.ada orang nak beli ke?..murah je..hehehe.

sesiapa yang nak order, boleh emailkan di syazwanchederaman@gmail dan com.

Ok, Assalamualaikum.
Bye!.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Welcome to My Blog

- Copyright © Perpustakaan Surga -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -