“Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku
telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan
untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu
disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah
disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang
dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia
diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret
dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan
dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut
Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah
melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang
amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari
meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk
mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,
setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB
DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk
disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada
di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di
dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG
IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada
tempat yang terang – benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara
dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,
maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN
SESAMA UMATKU lalu menyeru k epada mereka agar menyambut bicaranya,lalu
berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang
menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala
SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya
dari bahaya api tersebut.
Telah bersabda Rasulullah SAW
BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”
BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”
Maka,berusaha la untuk menyampaikan atau mengingatkan saudara-sudara kita tentang pesanan Rasulullah walau hanya sepotong ayat. Nescaya kita akan mendapat ganjaran pahala yang besar dan InsyaAllah keredhaan Allah SWT.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar